Kata-kata Imam Al-Ghazali
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"
Ku harap mekar di hati,
Agar persahabatan suci ini,
Kan terus mantap,
Menjadi syafaat,
Terukir indah di pintu Jannah.
Kata-Kata Saiyidina Ali r.a
Temanmu yg sebenarnya,
ialah orang yang ada bersamamu,
dan orang yang menyusahkan dirinya,
supaya ia bermanfaat kepadamu,
Kata-Kata Saidina Ali bin Abi Thalib
Jangan berkawan dengan orang yang tamak
kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu
tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu,
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya,
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.
No comments:
Post a Comment