Sunday, June 24, 2012

bila perempuan menangis



  


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

9 ayat maut perempuan


1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya

be a women is not easy as ABC :)


Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
Perempuan, stokin pun kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Confirm tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool je

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki, selamba je

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, banyak perempuan yang merajuk dengan Allah

Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, banyak perempuan kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "Lelaki tak payah tutup pun!"

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

Masya-Allah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya"

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah!

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah-indah hiasan tu ialah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama

~ Wahai kaum Adam, hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi... ~

Sunday, June 17, 2012

kekurangan itu kelebihan

assalammualaikum :)


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!
ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"
Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.
nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."

Kumbang

untukmu wanita yang bersedih

assalammualaikum and hello.

saya tadi search search la kan kat pakcik google. then terjumpa satu artikel. pasal ape? haa tengok tajuk post ni. haaa dah tau kan? hehe. okey. sy sedih dulu. tp sy dah okey sekarang. so anda anda jangan la sedih k. nanti sy pun sedih. kite kene chill selalu. yeaah baby. haha.

kalau saya sedih, saya akan sedaya upaya jadi happy. so jangan risau k kawan. sy akan tetap ceria. *sob sob* haa senyum balik :) saya suka perenggan yg satu highlight tuhh. yeah. itula yg menguatkan saya selame nihh. yeahh baby , i'm strong . haha. *mereng kejap*

ni haaa artikel tuhh :


Emansipasi mengajar wanita erti kebebasan
Hak-hak yang tidak pernah wujud mula dituntut
Sehingga ada di antara kamu mula memberontak
Dan apabila itu terjadi pada dirimu
Kau juga ingin menjadi seperti mereka
Seringkali kesabaran itu diuji
Sehinggakan satu hari nanti
Kau akan menangis semahumu
Bersujudlah...
Berdoalah...
Dan letakkanlah keikhlasan itu ke tempat yang paling tinggi
Dalam hatimu
Sememangnya
Ceria adalah lumrah
Apabila kehidupan berjalan lancar
Tetapi seseorang itu akan lebih dikagumi
Apabila masih mampu tersenyum
Ketika dirinya dilanda derita dan masalah
Demi sesungguhnya
Allah tidak akan menguji hambanya
Melebihi kemampuan mereka
Dan apabila itu terjadi
Itu ertinya kau kuat mengharungi cubaan itu
Sebagai bukti cinta Allah kepadamu
Juga sebagai bentuk penghapusan dosa
Bangkitlah dikau wahai wanita yang bersedih...

weekend

assalammualaikum,

hye everyone. i'm coming back. hehe. saje saje mahu update blog sy. how are you? me? ahha. okey je la kott. :) harap anda semua ceria k.

hari ni hari ahad :) so mane ade kelas kan. yeay yeay. best. tapi esok isnin. *excited terus berubah jadi murung*. alahaii chillax laa anis oi. everyday must happy. yeahh :D

hari ni sy semangat. bangun dari tidur. terus bukak tingkap , hirup udara luar. tapi tak lame lepas tuhh. ---> haaachum hachuum haachum. alahai. bersin bersin. *merah hidung*. apa boleh buat kann. nasib basib.

saya kemas katil, lepas tuh mandi. pas tuh dengar lagu. *kebosanan* . then sy tengok baju. alamak, aku lupa basuh baju laaa . haaaa. terus bangun g basuh baju. lepas basuh baju, duduk kejap, penat loooo. hahah. sidai baju and g makan. nak tau tak makan ape? haa makan telur jek. (ciri ciri orang berjimat) kalau mak saya tau, mesti mak sy tak berape suka. sebab die kate makanan jangan nak jimat sangat. tuh kan keperluan. kalau dah sekat makan, caner nak belajar kan? haaa. ampun bu. hehe. tapi memg tak selera. sape kat sini suka mkan ayam? *angkat tangan. masuk laa UTP ni. confirm hari hari dpt makan ayam. hehe.

lepas dah balik makan, sy tengok bilik sy. hmmm. terase perlu dikemaskan lagi. hahaa. ape lagi. amik penyapu, sapu laa bilik ni. tp kene tutup hidung. opsss. sy allergy habuk. sedih kan? ade yg kate sy anak manje. lahai. ape manjenye. nak buat cano. dah den allergy habuk. aduhaiii. hari tuh, sy sapu tak tutup hidung, lepas tuhh mata bengkak. adess. hoho. okeyy back to the story, sy pun sapu laaa sampai bersih. sekali kan habis je sapu, saya nampak ada habuk lagi. huaaakkkkk. sy geram. amik lagi penyapu sapu lagi. fuhhh penat. then amik kain lap, bersihkan meja pulak. lap punye lap. haaaa kan dah bersih. then sy susun laa balik stuff sy kat meja tuh. sejuk mate memandang. haha. lepas tuh, sy tukar cadar katil pulak. haaa. bilik sy dah bersih. hehe. suka suka.

ni laa die antare stuff saya kat tepi meja. 
kalau nak tau, meja sy bersambung dengan rak almari ni. so ni kat tingkat bawah sekali. haha.
banyak kan barang? haha
shhh diam jekkk. hihi

heeee. sampai laa ke petang ni. sy update blog sy. tp sebelum ni sy ade jawab soalan chemist kejap. hehe. penat laa awak. okey, mlm ni sy study pulak. smbg study calculus. hari selase sy ade quiz. ohmaiii. wish me luck dear. yeahhh.  

okay annyeong friend :) *lambai lambai* *senyum nampak gigi. heee :D * 

Monday, June 11, 2012

love and music

would someone give me this ring of love.
yeahhh i get it from my family.
i love you <3


bring me the music. 
music of life. :) 
you, bring me the melody to me. 
happiness :) 






i love MUSIC and being LOVED :)

beach

i wanna do like this
sitting while see the sea. 
ohhh so cool
terase damai dan tenang. 


blow colour to ur life. :) 
hope u will happy
give me the spirit and colour of happiness 


independent


i will be independent from now. 
i will find myself  and really appreciate my life. 
yeahh.
go anis 


cool



this is cool
sy nak itu jaket. 
rock babyy ! 
>.<

ROOM :)


terfound nihh . 
uuuu awesome babehhh. 

i wish my room in UTP like this.
hahhahahha *gelak besar*
jgn perasan boleh tak anis? errrr
cantik kannn. 
demand nyehh aku. sbr je laa.
*cita cita je lebih *


haaa. nice !
tadi mcm kat UTP. 
bilik ni sy nak mcm kat rumah sy pulak.
uuuu pink bergabungan purple.
such a sweet. 
*pandang atas start berangan*
really wanna this ! seriusly ! 





awww awww
cupcakes !!!
i love it !!
sy nak buat tapi asyik tergendala je aktiviti sy.
maklumlah takde mase. 
takpe nanti ade mase , sy nak buat. hehe. 
nak makan cupcake !

COOKIE MONSTER
haha
comel laaa
nak bday kek mcm nihh? *mcm budak2*
pdhl bday dah lame lepas. haha. 



haaa. agree tak dengan statement nihh?
saya sangat agree.
cz monday laaa kelas lecture dah start and sampai hari seterusnya till friday.
but when friday appear, i started smile again. 
wahahha
cz it's holiday. hehe
tp rase kejap je dah monday balik.
soo die akan go around and around. 
we must continue our life. 
enjoy it.
chill !

girl stuff :)


hello :)

kalau sy nak pakai macam nihhh, boleh tak?
cantik kann.
nak beli gelang lahh nanti. 

mate die uuuuu.
awww awww
cantik laa.
kalau nak pakai macam ni, boleh tak? tp tebal laaa. 
sy tak suka pakai make up tebal. 
i like the eyelash.. uuuuu. 
hehe



bye !

hye awakkk :D

saje updating my blog. to hilangkan my bored . hehe

nak nihhh. 
i love texting :) 
with who? ahha sy sorang je laa tau
wuuuuuu
warne pink laa awak bb tuhh. i like. 

nak desktop macam ni boleh? 
serba pink. wahhhh.
nak ni, nak ni. *okey bagi pelempang sikit, gedik semacam*
awesome kannn :)
pink lover. awww

shoes :)

assalammualaikum. 

tadi search search kat google. sekali i found this. hewhew. that was awesome !!! weeeee :D 
cantik mehhh. 
sangat comel . awww awww. :) 
name pun perempuan kannn. mestilaa gile bout this stuff. yeahhh.  *melting*
haa tengok nihhh

i wish my boyfriend could buy this for me. hehe *demand kan?*
comel laa awak. *wink wink*


mama, nak nihhh one for me pleaseee???
mak aihh tingginyeee O.o
takpelaa, sekali sekala nak jadi tinggi jugak kann. 
jangan terpeleot sudahhh. huuuu


this is one more AWESOME  ! 
someone could u give this for me? 


haaa this is one more.
yang nihhh, sy beli sendiri laa. 
asyik mintak orang jekk. 
wahh, nanti saya tinggi. 

okey. habis dah. takleh post byk2 nanti makin melting. hehe. cukuplaa nihhh. *pandang atas, berangan*
keyboard off :D . 

tips hilangkan ngantuk.

assalammualaikum :)

haaa. bace tuhhh. kepada sesiape yang selalu ngantuk dalam kelas or kat mane mane lahh. macam saya nihh. selalu ngnatuk dlm kelas. oleh itu, orang nihhh---> AMIRUL HAFIZ telah berikan tips untuk menghilangkan ngantuk. thanks kawan. haha. haaa konfirm tak ngntuk nanti. anda anda sekalian baca laaa. heee.

ni diaaa tips nye.
(^_^)

Ok, dah ready? Lets do it! First, sila bangun sekarang! Kita nak mulakan senaman.
LANGKAH 1
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian.. SELAMAT MENCUBA!

wahahaha. anda dah baca? sumpah lawak. haha. saya tak dapat bayangkan kalau anda buat macam tuhh depan saya. mesti gelak guling guling. heeee. jahat kan saya? okey. sila buat. saya belum try lagi. hee. apa kata anda try dulu? wahhaa. 

okey peace . 

Saturday, June 9, 2012

just random says

hello everyone.
lame dah i'm not updating my blog. hehe. currently malas nak taip and nothing much to post about. hari ini 10 june 2012, saya bangun awal. haha. satu kejayaan bangun awal pada hari ahad. wooo. haha. roommate sy pun tnye, "awal kau bangun harini? " haha. so pagi2 tibe2 rase ingin berblogging. okay. burung burung tengah berkicauan, such a nice tone and melody. boleh buat lagu waa cakap luu. haha. i think komposer lagu kene duduk kat bhgn2 hutan laa , baru dpt lagu sedap2. *merepek*

dah 3 week dah sy kat sem 2 ni. overall alhamdulillah. much better than last semester. hehe. and u know, week 3 ni laa dah start lab and tutor tuhh sume. maka dengan itu, busy laa masing2 buat flowchart and lab report. (tibe2 teringat, tak buat flowchart lagi lahhh. okay lepas ni sy buat. ) nasib baik sy physics lab and chemistry lab tak dlm minggu yg same. i mean dlm minggu yg berlainan. taklah kelam kabut nanti kann. hehe,. this sem is more relax. yeahhh i loikeeee. weeeee :D

awak awak, nak tau tak? this sem sy semangat. tak caye, tnye roommate sy tuhhh. hehe. sape? cari sendiri. haha. *rase mcm sy ni nak mintak penmpar kann* hehe. okay chill chill. this sem sy dah tanam azam. taknak main main lagi. amik pengajaran dari sem lepas. *insaf* dalam kelas sekarang saya focus dahhh. cume kadang2 je sy bertwitter dlm kelas. (buat hilang ngangtok kejap) haa lagi satu, saya berazam taknak tido dlm kelas. yeahhh. ini sy akan buktikan. huhu. org selalu ckp, ni selalu awal2 sem memg mcm ni. nanti dah nak habis sem, start laa kemalasan die tuhh. hishhh mintak die djauhkan. fuhhh fuhhh. doakan sy tau. supaya azam tuhh terus kekal. hehe.


haaa. muka saya semangat nak study kat irc. hehe. 

sem ni kelas sy banyak pagi . pukol 8 and 9. haaa. memg nak suh bgn awal hari hari. jumaat ade single kelas jekk. relax kan? hehe. tp kan sem 2, sangat bosan..... sebab? jumaat sabtu ahad taktau nak buat ape. selalu dengar lagu, main game, online, youtube, and last sekali study. haha. study last ranking, ish tak patot tak patot. *geleng kepala*. tp serius, ramai yg admit it kat utp nihhh. kenape? ntahlaaa. nak jalan2 kat ipoh, poket makin kempis. haha. kalau tiap2 minggu nak g, pokai laa aku. haihhhh. duduk kat u ni kene jimat. lain laa kalau mama sy gabenor negara. haha. *berangan* . okay hari ini sy ceria :) 



kita akan jadi happy bile orang sekeliling kita happy kann? yeahh. so awak awak, bergembiralaa. sebab nanti orang kat sebelah awak akan turut happy . ye laa. happy dpt tengok awak senyum lebar2 and muka kiut awak tuhh. *pujian*. tak macam tu ke? hehe. 

haaa kiut kan budak nihhh. kiut macam awak laa. weeee ^_^
kalau yang lelaki tuhh, kiut jugak laa. *versi lelaki* 
be happy and smile. *buat gaya budak kecik tuh* *k gedik kaan*


haa tibe tibe terfound pic nihh. cantik laa itu baju. awwww superman. hewhew. tibe tibe hati ni teringin nak pakai baju tuh pergi kelas. nanti kalau dah lambat, boleh terbang. *merepek* smart laa baju tuhh. tp sy takde baju tuhh. haa sape nak belikan ? *angkat tangan. belanja laa saya. hhehe. baiknye awak. i wish someone could buy it for me :) hehe. nmpk tak spectacle tuh, cntik kan? ape laa jadi kan kalau sy pakai. mesti nmpak nerd, i guess. tp x secomel awak laaa. hehe. 


habis dah ckp pasal baju tuhh. heee. ni laaa mase sy tgh buat lab report. buku atas meja. haha. buku pun tak tulis name lagi. haha. aptb. panjang wooo lab report nihh. and sy sempat buat dlm waktu yg diberikan dgn pertolongan kawan kawan. thanks kawan :) 


okaylaaa. kat sini je kot.. heeee. bye semuaa. love u all <3 
keyboard off.